HAIWAN BERANAK DAN BERTELUR
CARA HAIWAN MEMBIAK
1. Semua hidupan di alam ini boleh membiak.2. Pembiakan ialah satu proses hidup yang membolehkan bilangan suatu jenis hidupan bertambah.
3. Pembiakan juga membolehkan hidupan mengekalkan zuriatnya.
4. Hidupan membiak dengan cara yang berbeza-beza.
5. Manusia membiak dengan melahirkan anak.
6. Haiwan membiak dengan melahirkan anak atau secara bertelur.
7. Tumbuhan membiak melalui biji benih,spora,batang,atau daun.
Cara Pembiakan Haiwan
1. Haiwan yang berlainan mempunyai cara pembiakan yang berlaianan.
2. Haiwan yang melahirkan anak biasanya merupakan haiwan mamalia.
3. Gajah,lembu,kucing,dan tikus ialah contoh mamalia darat
yang membiak dengan cara melahirkan anak.
5. Ikan yu yang bukan merupakan mamalia juga
melahirkan anak secara hidup-hidup.
6. Bilangan anak yang dilahirkan oleh haiwan betina biasa tidak banyak.
7. Harimau betina biasanya melahirkan dua atautiga anak.
Manakala gajah betina melahirkan satu anak setiap kali beranak.
8. Mamalia menyusu dan menjaga anaknya sehingga anaknya cukup matang atau boleh berdikari.
9. Gajah betina biasanya akan menyusu anak gajah selama 3 atau 4 tahun dan
menjaga anaknya sehingga anaknya berusia 8 tahun.
10. Orang utan betina biasanya akan menyusu anaknya selama 2 atau 3 tahun dan
menjaga anaknya sehingga anaknya berusia 5 tahun.
11. Haiwan dalam kumpulan serangga ,ikan,amfibia,burung
12. Berbeza daripada haiwan yang melahirkan anak,
haiwan yang bertelur tidak menyusui anaknya.
13. Ikan dan amfibia bertelur dengan banyak di dalam air.
14. Serangga dan reptilia bertelur dengan banyak di darat.
15. Telur reptilia adalah bercengkerang manakala telur ikan
dan amfibia tidak.
17. Penyu betina menyembunyikan telur di dalam
lubang yang dikorek lalu menimbus lubang
tersebut dengan pasir.
18. Penyu tidak menjaga telurnya atau anaknya yang berjaya menetas.
19. Haiwan dalam kumpulan burung pula biasanya
tidak banyak bertelur. Misalnya helang hanya
menghasilkan beberapa biji telur sahaja.
20. Burung bertelur disarangnya.
21. Setelah bertelur burung akan mengeramkan telurnya sehingga
anaknya menetas.
22. Selepas itu burung akan menjaga anaknya dan mencari
makanan untuk anak burung sehingga mereka boleh berdikari.
PENGKELASAN HAIWAN MENGIKUT MAKANAN
- Haiwan boleh dikelaskan sebagai herbivor,karnivor,atau omnivor mengikut jenis makanan yang dimakan.
- Haiwan yang memakan tumbuhan sahaja disebut herbivor.
- Haiwan yang memakan haiwan sahaja disebut karnivor.
- Haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain disebut omnivor .
Herbivor
1. Contoh herbivor .
- lembu, kelawar, rusa, zirafah, gajah, arnab, lebah dan belalang.
- daun,batang.akar,biji benih,bunga dan buah.
3. Herbivor yang berlainan biasanya memakan bahagian tumbuhan yang berlainan.- Misalnya belalang memakan daun,
- lebah memakan madu
- kelawar memakan buah.
4. Herbivor biasabnya mempunyai ciri-ciri khas yang membolehkannya memakanbahagian tumbuhan tertentu.Sebagai contoh gigi geraham membolehkanherbivor mengunyah bahagian tumbuhan.Karnivor.1. Contoh karnivor- harimau ,singa, helang ,bangau,ikan yu,katak dan cicak.
2. Karnivor biasanya merupakan pemangsa bagi haiwan yang lebih kecilatau lemah.- Sebagai contoh,singa memakan kuda belang
- helang memakan ayam.
3. Makanan (mangsa) karnivor boleh bergerak dan melarikan diri.4. Oleh itu,karnivor mempunyai ciri-ciri khas untuk membantunya memburudan membunuh mangsanya.a) Singa dan harimau mempunyai rahang yang kuat serta gigi dan kukuyang tajam.b) Bangau dan helang mempunyai paruh yang tajam dan cakar yang kuat.c) Helang juga mempunyai deria penglihatan dan pendengaran yang cekap.d) ikan yu mempunyai rahang yang kuat dan gigi yang tajam.e) Anjing, beruang dan beruang kutub mempunyai deria bau yang tajam.f) Harimau bintang boleh berlari pantas untuk mengejar danmenangkap mangsanya.Omnivor1. Mangsa omnivor- ayam, berudu, itik, angsa, lipas dan tikus.
2. Omnivor yang berbeza memakan tumbuhan dan haiwan yang berbeza.3. Sebagai contoh,- berudu memakan rumpai air dan larva nyamuk
- kucing memakan nasi dan ikan.
- daun,batang.akar,biji benih,bunga dan buah.
termasuk tumbuhan (misalnya sayur kubis) dan haiwan (misalnya daging ikan) .
Uji diri.
Gariskan jawapan yang betul.
1. (Herbivor.Karnivor ) ialah haiwan yang memakan tumbuhan sahaja.
2. (Omnivor,Karnivor ) ialah haiwan yang memakan haiwan lain sahaja.
3. (Omnivor,Herbivor) ialah haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain.
4. Manusia boleh dikelaskan sebagai (karnivor,omnivor) berdasarkan tabiat makan.
5. (Rumput,serangga) ialah makanan kambing.
6. (Berudu,Helang) memakan tumbuhan dan haiwan lain.
7. (Harimau,Gajah) memakan arnab dan kancil.
8. (Madu , Daun ) merupakan makanan rama-rama.