Wednesday, 26 November 2014

HAIWAN BERANAK DAN BERTELUR


CARA HAIWAN MEMBIAK


1.  Semua hidupan di alam ini boleh membiak.

2.  Pembiakan ialah satu proses hidup yang membolehkan bilangan suatu jenis hidupan bertambah.

3.  Pembiakan juga membolehkan hidupan mengekalkan zuriatnya.

4.  Hidupan membiak dengan cara yang berbeza-beza.

5.  Manusia membiak dengan melahirkan anak.

6.  Haiwan membiak dengan melahirkan anak atau secara bertelur.

7.  Tumbuhan membiak melalui biji benih,spora,batang,atau daun.

                                   Cara Pembiakan Haiwan


1.  Haiwan yang berlainan mempunyai cara pembiakan yang berlaianan.

2.  Haiwan yang melahirkan anak biasanya merupakan haiwan mamalia. 

 3.  Gajah,lembu,kucing,dan tikus ialah contoh mamalia darat
      yang  membiak dengan cara melahirkan anak.

4.  Ikan paus dan ikan lumba-lumba merupakan  mamalia akuatik  yang membiak dengan melahirkan anak.

5.  Ikan yu yang bukan merupakan mamalia juga
melahirkan anak secara hidup-hidup.

6.  Bilangan anak yang dilahirkan oleh haiwan betina biasa tidak banyak.

7.  Harimau betina biasanya melahirkan dua atautiga anak
Manakala gajah  betina  melahirkan  satu    anak  setiap kali beranak.

8. Mamalia menyusu dan menjaga anaknya  sehingga  anaknya cukup matang atau boleh berdikari.

9. Gajah betina biasanya akan menyusu anak gajah selama 3 atau 4  tahun dan
     menjaga anaknya  sehingga anaknya berusia  8 tahun.

10. Orang utan betina biasanya akan menyusu anaknya selama 2 atau 3 tahun dan
      menjaga anaknya sehingga anaknya  berusia 5 tahun.

11. Haiwan dalam kumpulan serangga ,ikan,amfibia,burung 
dan reptilia membiak secara bertelur.

12. Berbeza daripada haiwan yang melahirkan anak,
      haiwan yang bertelur tidak menyusui anaknya.

13. Ikan dan amfibia bertelur dengan banyak di dalam air.

14. Serangga dan reptilia bertelur dengan banyak di darat.

15. Telur reptilia adalah bercengkerang manakala telur ikan
     dan amfibia tidak.
16. Penyu bertelur di pantai berpasir.

17. Penyu betina menyembunyikan telur di dalam
      lubang yang dikorek lalu  menimbus lubang
      tersebut dengan pasir.

18. Penyu tidak menjaga telurnya atau anaknya yang berjaya menetas.

19. Haiwan dalam kumpulan burung pula biasanya
      tidak banyak bertelur. Misalnya helang hanya
      menghasilkan  beberapa biji telur sahaja.

20. Burung bertelur disarangnya.

21. Setelah bertelur burung akan mengeramkan telurnya sehingga 
      anaknya menetas.

22. Selepas itu burung akan menjaga anaknya dan mencari
      makanan untuk anak  burung sehingga mereka boleh berdikari.
   

PENGKELASAN HAIWAN MENGIKUT MAKANAN

  1.  Haiwan boleh dikelaskan sebagai herbivor,karnivor,atau omnivor mengikut jenis makanan yang dimakan.
  2. Haiwan yang memakan tumbuhan sahaja disebut herbivor.
  3. Haiwan yang memakan haiwan sahaja disebut karnivor.
  4. Haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain disebut omnivor .


                                                     Herbivor

 1.  Contoh herbivor .
  • lembu, kelawar, rusa, zirafah, gajah, arnab, lebah dan belalang.                                      
     2. Contoh bahagian tumbuhan yang menjadi makanan herbivor termasuk
      • daun,batang.akar,biji benih,bunga dan buah.

      3.  Herbivor yang berlainan biasanya memakan bahagian tumbuhan yang berlainan.

      •   Misalnya belalang memakan daun, 
      •   lebah memakan madu  
      •   kelawar memakan buah.
           
      4.  Herbivor biasabnya mempunyai ciri-ciri khas yang membolehkannya memakan
           bahagian tumbuhan  tertentu.Sebagai contoh gigi geraham membolehkan
           herbivor mengunyah bahagian tumbuhan.



                                    Karnivor.


      1.      Contoh karnivor

      • harimau ,singa, helang ,bangau,ikan yu,katak dan cicak.

      2. Karnivor biasanya merupakan pemangsa bagi haiwan yang lebih kecil 
          atau lemah.

      • Sebagai contoh,singa memakan kuda belang 
      • helang memakan ayam.

      3.  Makanan (mangsa) karnivor boleh bergerak dan melarikan diri. 

      4.  Oleh itu,karnivor mempunyai ciri-ciri khas untuk membantunya memburu
           dan membunuh mangsanya.
        
           a) Singa dan harimau mempunyai rahang yang kuat serta gigi dan kuku
               yang tajam.
         
           b) Bangau dan helang mempunyai paruh yang tajam dan cakar yang kuat.
        
           c) Helang juga mempunyai deria penglihatan dan pendengaran yang cekap.
         
           d) ikan yu mempunyai rahang yang kuat dan gigi yang tajam.
         
           e) Anjing, beruang dan beruang kutub mempunyai deria bau yang tajam.
         
           f)  Harimau bintang boleh berlari pantas untuk mengejar dan
               menangkap mangsanya.


                                      Omnivor

      1.      Mangsa omnivor

      • ayam, berudu, itik, angsa, lipas dan tikus.

      2.  Omnivor yang berbeza memakan tumbuhan dan haiwan yang berbeza.

      3.  Sebagai contoh, 

      • berudu memakan rumpai air dan larva nyamuk 
      • kucing memakan nasi dan ikan.
    4. Manusia boleh dikelaskan sebagai omnivor kerana makanan manusia 
        termasuk tumbuhan (misalnya sayur kubis) dan haiwan (misalnya daging ikan) .


    Uji diri.
    Gariskan jawapan yang betul.

    1.  (Herbivor.Karnivor ) ialah haiwan yang memakan tumbuhan sahaja.

    2.  (Omnivor,Karnivor ) ialah haiwan yang memakan haiwan lain sahaja.

    3.  (Omnivor,Herbivor) ialah haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain.

    4.  Manusia boleh dikelaskan sebagai (karnivor,omnivor) berdasarkan tabiat makan.

    5.  (Rumput,serangga) ialah makanan kambing.

    6.  (Berudu,Helang) memakan tumbuhan dan haiwan lain.

    7.  (Harimau,Gajah) memakan arnab dan kancil.

    8.  (Madu , Daun ) merupakan makanan rama-rama.

    3 comments: